Blog ini dibuat untuk catatan peribadi saya sepanjang pelayaran internet tentang ilmu-ilmu perubatan dari pelbagai website. Semoga bermanfaat.

Thursday, September 17, 2009

Untuk para suami- rukyah memudahkan bersalin

Rukyah Bersalin
Saya yang menunggu diruang luar bersama group Silat Marcom menerima sms dari isteri agar segera masuk ke bilik bersalin nombor 2. Sewaktu sampai di bilik tersebut, sayu hati saya melihat isteri menahan kesakitan.Terfikir saya azabnya wanita mengandung & bersalin.Kaum lelaki kena lihat sendiri pengalaman macam ni.Baru tahu susahnya kaum Hawa nak bagi zuriat... hehehee

Maka,apa yang lakukan pada permulaannya ialah terus berniat MEMAAFKAN semua dosanya andai dia tersalah kata/bahasa pada kita.Pohon pada Allah, jangan kerana dosanya,dia azab untuk meramaikan umat Muhammad S.A.W

Keduanya, saya meletakkan tapak tangan di dahinya. Disitu saya bacakan Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan ayat Syifa' Al-Quran. Saya juga bacakan Doa Nabi Ibrahim agar kesakitannya diganti dengan rasa sejuk yang nyaman.

Ketiganya, saya meletakkan tapak tangan diperutnya. Saya bercakap secara jelas.

'Wahai Hamba Allah dalam perut ini.Ketahuilah ini adalah Papa (ayah) kamu.Aku arahkan kamu dengan nama Allah agar kamu keluar.'

Saya ulang beberapa kali... 'Ukhruj fi bi'iznillah' (keluar dlm keizinan Allah)

Keempatnya, saya ulang sebanyak sebelas kali ayat luncur air dan ditiup pada perut isteri menghala ke bawah.

Syukur, isteri saya hanya kesakitan serius selama 7 minit dan terus bersalin dengan mudah.Saya yang berada di sisi mengusap dahinya.Saya ucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup bertahan dan menemani kehidupan bersama saya.

Anak lelaki saya namakan Isma Darius.Saya pangkunya dan Azan di telinga kanannya.Kemudian saya iqamah di telingan kirinya.

Syukur Ya Allah...hari ini Engkau berikan daku zuriatku dan semoga dia menjadi anak yang soleh.

Kepada para Suami, saya ijazahkan amalan ini pada kalian.Semoga ianya beguna dengan izin Allah di masa hadapan...Insyaallah.

Sunday, September 13, 2009

Ayat Seribu Dinar

Boleh dibaca jika menemui jalan buntu. Amalkan 41 kali dalam keadaan berwuduk.

DEN suko suruh siapa yang nak mendalami ilmu perubatan atau mengubat diri sendir dari sakit diri, sihir , miskin dll dengan mengamalkan ayat Seribu Dinar..Ayat ini ramai yang salah faham..untuk jalan rezeki sahaja...Sebenarnya ayat ini ada pergantungan Mutlak yakni Tawakal kepada Allah..maka pasti allah akan tunjukan jalan keluar...tak kira apa jua masalah kita...Sebab itu orang tua pesan..kalau terasa nak ada gangguan..bacalah ayat Seribu Dinar..gantungkan harapan pada Allah...nescaya JIN takut..mereka kuatir kalau2 Allah memberi jalan keluar yang dasyat...seperti menghantar Wali2nya..rijalul ghaib, Malaikat, Jin Islam, Jin kafir yang bermusuh dengan JIN yang ingin mengacau kita ..Itu semua dalam IlmuNYA..usah dipersoalkan apakah bentuk jalan keluar tersebut...Ia juga boleh diguna untuk mengharapkan jalan keluar untuk semua permasalahan dunia...Yang Paling Kuat Tawakal ialah Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a...
Maksudnya JIN atau apa jua makhluk tiada akan dapat memudaratkan kita kalau pergantungan kita bulat 100% kepada Allah bukan pada yang lain...

Maka DEN ijazahkan sesiapa nak mengamalkan Ayat Seribu Dinar ini...Amat luas pemecahannya bukan setakat rezeki sahaja...Yang Pokoknya ialah Tawakal...Maka yakinlah Allah s.w.t akan menunjukan jalan keluar dari segenap arah..
Kaifiat amalannya ialah 40x selama 41 hari...lebih tak mengapa...dan boleh diteruskan selepas jazam...Ingat apa-apa masalah pun pasti ada jalan keluar...

Baca aje..40 x sehari selama 41 hari..amal dalam wuduk..tak payah sekali gus...boleh campur2...samada subuh 10..zuhur 10 dan lain2...boleh lebih..

Sesudah jazam ..biasanya kita amalkan 3x selepas subuh dan maghrib...ada yang amal 7x...

Kaedah mnegubat voodoo

Asyik2 cerita orang kena sihir cucuk patung ( Vodoo )...Sekali-sekala best gak dengar cerita JIN kena Vodoo dengan manusia pulak...Selalunya kalau Vodoo ni , Tok Moh guna Jin untuk melakukan sebagaimana yang diisyaratkan pada bahan yang dijadikan Vodoo tersebut...Misalnya Patung Jerami yang digunakan...Bila jarum dicucuk di kepala..maka JIN akan cucuk kepala si mangsa...Biasanya jarum yang digunakan 7 bilah...

1) Kepala..
2) Bahu kanan ke arah perut kiri
3) Bahu kiri kearah perut kanan
4) Pinggang kanan ke pangkal peha kiri
5) Pinggang kiri ke arah peha kanan
6) Tumit kanan keatas lutut
7) Tumit kiri keatas lutut

Tu pasal le...ada orang rasa kaki dia berbisa atau sakit atau kedua-duanya sekali...Kalau sakit maknanya masih baru atau niat tok moh hanya untuk sakit bila kaki memijak. Kalau bisa..maknanya jarum direndam sesuatu yang berbisa sebelum dicucuk...Kalau kedua-duanya .maka ianya adalah gabungan dari kedua diatas...Kalau sakit aje...mangsa boleh berbaring..tapi kalau berbisa..baring pun terasa berdenyut-denyut...

Kaedah mengubatnya agak mudah...bacakan 
a) Ayat Seribu Dinar - 3x
b) Bismillah 6 - 7x pada limau sebanyak 12 biji 
c) Mandikan 3 biji sekali mandi..ulang selama 3 hari...minum sebiji limau sehari selama 3 hari...

Boleh juga dibacakan Selawat, Fatihah dan bismillah 6 pada Air yang hidup...untuk minuman membuang bisa2 didalam badan mangsa...

Kalau mampu...hancurkan patung tersebut pada scan kita...Kalau ada masa..cabut jarum2 tu...semasa scan...dan cucuk balik kepada pengupah..cucuk pada Diri Dalam pengupah...biar dia pula rasa nikmatnya...kalau tak mahu dia pulih...matikan dengan kaedah limau..maka kalau dia mandi limau ..sakit akan bertambah pasang...boleh juga di pagar diri pengupah dengan Lam Jalalah supaya semua usaha memulihkan terbatal...

Tuesday, September 1, 2009

Memagar diri/orang lain

MEMAGAR ORANG LAIN/PESAKIT

Untuk memagar orang lain, gunakan kaedah yang sama seperti Perisai Diri 2. Bezanya hanya pada gerakan tangan.

Arahkan tangan anda kepada orang yang hendak dipagar/dilindungi dan buat gerakan isyarat bulatan lawan jam sebanyak 3 kali dengan doa seperti berikut; 

"Ya Allah Ya Robbi, tidak ada sesuatu pun yang memudhoratkan dapat menembusi pagar yang memagari …..(nama orang yang berkenaan beserta nama ibunya)…..ini, melainkan dengan izinMu".

Akhiri gerakan dengan memutar pergelangan tangan mengikut arah jam beserta hembuskan nafas dengan niat kunci sambil bertakbir,

اللّٰهُ أَكْبَرُ

Semasa memagar orang, bayangkan dirinya dibungkus oleh nurbercahaya putih keemasan sebagaimana pemagaran diri sendiri.

Wallahu a'alam.

Friday, August 7, 2009

PERISAI DIRI 2

Baca hawalah;
ﻻَ۟ حَوْلَ وَ ﻻَ۟ قُوَّةَ إِﻻ۟ بِا للّٰهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

dan

بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِي ﻻَ۟يَضُرُّ مَعَ اۭسْمِهِ شِيْءٌ فِي اﻷَرْضِ وَﻻَ۟ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ

السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

3 kali.

Tarik nafas dan tahan di dua jari di bawah pusat sambil tangan kanan anda membuat gerakan isyarat pembinaan perisai diri bermula dari sisi kiri, melalui atas kepala ke sisi kanan, dan kemudiannya ke kiri sekali lagi sambil berdoalah dalam hati;

"Ya Allah Ya Robbi, tidak ada sesuatu pun yang memudaratkan dapat menembusi perisai diriku ini, melainkan dengan izinMu"

sambil nazorkan/bayangkan dan rasakan satu kapsul bercahaya putih keemasan terbentuk membungkus anda di dalamnya dengan radiasinya (pancarannya) lebih kurang satu meter dari tubuh anda. Sekiranya mahu, boleh ulangi gerakan tangan anda sebanyak 3 kali.

Seterusnya yakinlah yang anda sekarang telah dibenteng dengan nurwirid dan tidak ada sesuatu yang dapat mendatangkan mudharat kepada anda dengan izin Allah s.w.t.

Wallahu a'alam.

Thursday, April 23, 2009

PERISAI NUR AYATUL KURSI

Assalamualaikum sedang pembaca,

Mudahan antum semua berada di dalam lautan rahmat & hafazohNya.

Baru-baru ni ana ada bermuzakarah dengan seorang rakan guru yang topiknya berlingkar tentang kenapa seseorang itu mudah terkena gangguan, bagaimana untuk mengatasinya & sebagainya.

Dari situ, ana rasa terpanggil untuk berkongsi salah satu amalan perisai diri yang ana tahu, pernah pelajari & amalkan bagi memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. dari anasir-anasir jahat & merbahaya sama ada dari syaitan dari bangsa jin mahupun manusia, binatang berbisa & lain-lain yang tidak diingini...Insyallah.

Amalan ini seelok-eloknya diamalkan sesudah solat Subuh & juga Maghrib.

Kaifiatnya:

1) Tenangkan diri & bernafas dengan perlahan & dalam (boleh pejam mata untuk lebih khusyu')

2) Bacakan Al-Fatihah 1 x

2) Solawat 3 x

3) Niat/doa dalam hati agar Allah s.w.t. memerisai diri dari segala anasir-anasir jahat dengan keberkatan & hikmah Ayatul Kursi.

4) Kemudian tarik nafas dan tahan (dua jari di bawah pusat). Dalam keadaan tahan nafas, baca Ayatul Kursi (dalam hati) sambilmenazorkan (membayangkan) diri berada di dalam suatu lapisan kapsul cahaya berwarna putih keemasan. Selesai bacaan, lepaskan nafas dengan perlahan-lahan sambil menazorkan kapsul cahaya tersebut menjadi semakin terang (mengeluarkan radiasinya).

5) Ulangi lagi langkah 4) dengan menazorkan kapsul cahaya tadi menjadi semakin tebal, semakin berkilau cahayanya & semakin padat. Ulangi sebanyak 7 x.

6) Sesudahnya, maka ucapkanlah syukur kepada Allah s.w.t.

Bagi mereka yang sudah biasa menjalani riadoh pernafasan, 7 x bacaan Ayatul Kursi boleh dilakukan dalam satu nafas sahaja, Insyallah.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk memerisai diri orang lain, bi iznillah.

Aplikasi semasa kecemasan/terdesak.

Dalam keadaan terdesak/kecemasan, cukuplah melakukan langkah 4) dengan sekadar membaca ayatul Kursi 1 x dengan niat/doa; "Ya Allah Ya Tuhanku, kurnikanlah bagiku dengan barokah & hikmah ayatul Kursi, perisai yang dapat melindungi diriku dari .....(nyatakan)....., yang mana tiada dapat mendatangkan mudarat akannya ke atas diriku melainkan dengan izinMu", mudahan Allah s.w.t. memerisai diri kita dari sebarang anasir-anasir jahat yg mengancam. Nazorkan diri kita berada di dalam suatu kapsul cahaya putih keemasan dengan radiasinya 1 @ 2 meter dari badan.

Sekiranya kesuntukkan masa, bacaan ayatul Kursi bolehlah digantikan dengan zikir asmaaullah, Ya Hayyu Ya Qoyyum....yang diulang-ulang sekadar lama nafas yang kita mampu tahan. 

Mudahan antum semua mendapat manfaat dari amalan ini dengan izin Allah s.w.t. jua.

Wallahu a'alam.

Tahap Scan

Oleh Tok Belagak

Apabila scan..pasti mempunyai layar...Umpama Monitor Computer....Kalau satu computer boleh mempunyai beberapa layar / Skrin maka layar scan juga begitu...Boleh sahaja semasa scan kita meletakan layar didinding..di atas kepala pesakit..di hati kita..atau diaman yang di fikirkan sesuai dan serasi mengikut keselesaan memasing.

Mereka yang mahir boleh juga memasang beberapa skrin serentak...mengawasi beberapa keadaan ditempat yang berbeza-beza..Pada mulanya memang agak mengelirukan dan memenatkan namun dengan latihan dan jiwa yang tenang , semua bug atau problem yang timbul dalam melakukan scanning serentak boleh dilakukan dengan jayanya..sehingga pesakit tidak perasan semasa kita bersembang dengan dia..dibelakang dia ada beberapa layar tentang pesakit-pesakit yang lain..Kaedah ini sesuai untuk mereka yang selalu mendapat sms atau email tentang masalah ketika perawat sedang merawat orang lain....Kekadang sms atau email yang diterima itu memang memerlukan perhatian serta merta..maka perlulah perawat menumpukan dahulu terhadap pesakit yang amat terdesak atau situasi amat merbahaya...Ianya seperti pengawal yang ada beberapa skrin dihadapannya hasil CCTV yang dipantau...mana2 kawasan yang ada break through kenalah di layani dahulu..

Mereka yang berminat untuk scanning pasti akan melalui beberapa fasa warna screen/layar scan yang berbeza-beza...Maka perlulah dipegang teguh akan amanat guru. Dari warna2 yang terpancar semasa murid mula melakukan scan...

Hitam - Elok pi rendam kepala tu dalam pasir
Merah - Setan ( agak-agaklah sendiri )
Biru - Fatimah ( amat cantik scannya umpama mengambil gambar dengan filter kebiru-biruan )
Hijau - Rasul ( amat jarang yang dapat begini )
Putih - Inilah Nur Scan yang terbaik dan terulung

Amalan mengelak penyakit : Khasiat yasin 58

Dari Ust Wan Asrul TIAF

Pembaca yang disegani,

AlhamduLILLAH tergerak dihati dalam sisipan qalbu, kudrat dari ALLAH mendayakan saya untuk berkongsi amalan atau cara menghindar penyakit berjangkit.

Amalan ini saya terima dari salah seorang guru saya di Pulau Pinang Tok Su Li (Masih hidup tetapi sudah uzur sekarang). Amalan ini bertujuan untuk menghindar diri dari penyakit berjangkit secara khususnya.

Boleh juga untuk merawatnya. InsyaALLAH, segalanya datang dari ALLAH, kembali kepada ALLAH jua.

************************************************************************************

Amalannya:

Yasin : 58


58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

1) Selepas selesai solat Fardhu, amalkan membaca Yasin : 58 sebanyak 7, 9, 12 atau 27x senafas. InsyaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah amalkan membaca Yasin:58 7x senafas, insyaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit ,sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Yasin : 58 sebanyak 77x. Ditiupkan pada air di dalam baldi. InsyaALLAH.

4) Bagi yang terkena, boleh diikhtiarkan dengan menyediakan air satu baldi:-

- Garam Bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)

-Daun pokok Ketapang 7helai

- Daun Daun pokok Ara 7helai

- Kulit pokok Rambai 7 Keping ( Ditumbuk halus)

- Daun Bidara (jika kes gangguan)

Lalu dicampurkan semuanya dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan :

a) Al Fatihah 7 kali dengan ulangan Fatihah : 4 sebanyak 7 kali setiap satu.


4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

b) Ayat Kursi 7 kali dengan ulangan ayat yang digariskan sebanyak 9 kali setiap satu.



255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

c) Yasin : 58 63x.

d) 5 Qul ( Al Jin 1-5, Al Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, An-Nas) Al Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.

Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan sekurang-kurangnya kerana mengelak lebih baik dari mengubati.

************************************************************************************

Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar.

Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit, jika bahan ini juga sukar diperolehi di bandar, saya dapat rasakan, pasti ada yang pelik, bandar mana yang individu tersebut tinggal?

Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.

*************************************************************************************
Sekadar tambahan, bagi yang akan menghadapi temuduga, boleh juga amalkan dengan membaca Yasin:58 7x senafas di muka pintu sebelum keluar rumah sambil membayangkan diri sendiri, lalu hembuskan nafas perlahan, isyarat menghembus diri kita yang dibayangkan itu. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segalanya. Amin Ya Robbal A'lamin.
********************************