MEMAGAR ORANG LAIN/PESAKIT
Untuk memagar orang lain, gunakan kaedah yang sama seperti Perisai Diri 2. Bezanya hanya pada gerakan tangan.
Arahkan tangan anda kepada orang yang hendak dipagar/dilindungi dan buat gerakan isyarat bulatan lawan jam sebanyak 3 kali dengan doa seperti berikut;
Akhiri gerakan dengan memutar pergelangan tangan mengikut arah jam beserta hembuskan nafas dengan niat kunci sambil bertakbir,
اللّٰهُ أَكْبَرُ
Wallahu a'alam.
Friday, August 7, 2009
PERISAI DIRI 2
dan
بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِي ﻻَ۟يَضُرُّ مَعَ اۭسْمِهِ شِيْءٌ فِي اﻷَرْضِ وَﻻَ۟ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ
السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
3 kali.
Tarik nafas dan tahan di dua jari di bawah pusat sambil tangan kanan anda membuat gerakan isyarat pembinaan perisai diri bermula dari sisi kiri, melalui atas kepala ke sisi kanan, dan kemudiannya ke kiri sekali lagi sambil berdoalah dalam hati;
"Ya Allah Ya Robbi, tidak ada sesuatu pun yang memudaratkan dapat menembusi perisai diriku ini, melainkan dengan izinMu"
sambil nazorkan/bayangkan dan rasakan satu kapsul bercahaya putih keemasan terbentuk membungkus anda di dalamnya dengan radiasinya (pancarannya) lebih kurang satu meter dari tubuh anda. Sekiranya mahu, boleh ulangi gerakan tangan anda sebanyak 3 kali.
Wallahu a'alam.
Thursday, April 23, 2009
PERISAI NUR AYATUL KURSI
Mudahan antum semua berada di dalam lautan rahmat & hafazohNya.
Baru-baru ni ana ada bermuzakarah dengan seorang rakan guru yang topiknya berlingkar tentang kenapa seseorang itu mudah terkena gangguan, bagaimana untuk mengatasinya & sebagainya.
Dari situ, ana rasa terpanggil untuk berkongsi salah satu amalan perisai diri yang ana tahu, pernah pelajari & amalkan bagi memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. dari anasir-anasir jahat & merbahaya sama ada dari syaitan dari bangsa jin mahupun manusia, binatang berbisa & lain-lain yang tidak diingini...Insyallah.Amalan ini seelok-eloknya diamalkan sesudah solat Subuh & juga Maghrib.
Kaifiatnya:
1) Tenangkan diri & bernafas dengan perlahan & dalam (boleh pejam mata untuk lebih khusyu')
2) Bacakan Al-Fatihah 1 x
2) Solawat 3 x
3) Niat/doa dalam hati agar Allah s.w.t. memerisai diri dari segala anasir-anasir jahat dengan keberkatan & hikmah Ayatul Kursi.
4) Kemudian tarik nafas dan tahan (dua jari di bawah pusat). Dalam keadaan tahan nafas, baca Ayatul Kursi (dalam hati) sambilmenazorkan (membayangkan) diri berada di dalam suatu lapisan kapsul cahaya berwarna putih keemasan. Selesai bacaan, lepaskan nafas dengan perlahan-lahan sambil menazorkan kapsul cahaya tersebut menjadi semakin terang (mengeluarkan radiasinya).
5) Ulangi lagi langkah 4) dengan menazorkan kapsul cahaya tadi menjadi semakin tebal, semakin berkilau cahayanya & semakin padat. Ulangi sebanyak 7 x.
6) Sesudahnya, maka ucapkanlah syukur kepada Allah s.w.t.
Bagi mereka yang sudah biasa menjalani riadoh pernafasan, 7 x bacaan Ayatul Kursi boleh dilakukan dalam satu nafas sahaja, Insyallah.
Kaedah ini juga boleh digunakan untuk memerisai diri orang lain, bi iznillah.
Aplikasi semasa kecemasan/terdesak.
Dalam keadaan terdesak/kecemasan, cukuplah melakukan langkah 4) dengan sekadar membaca ayatul Kursi 1 x dengan niat/doa; "Ya Allah Ya Tuhanku, kurnikanlah bagiku dengan barokah & hikmah ayatul Kursi, perisai yang dapat melindungi diriku dari .....(nyatakan)....., yang mana tiada dapat mendatangkan mudarat akannya ke atas diriku melainkan dengan izinMu", mudahan Allah s.w.t. memerisai diri kita dari sebarang anasir-anasir jahat yg mengancam. Nazorkan diri kita berada di dalam suatu kapsul cahaya putih keemasan dengan radiasinya 1 @ 2 meter dari badan.
Sekiranya kesuntukkan masa, bacaan ayatul Kursi bolehlah digantikan dengan zikir asmaaullah, Ya Hayyu Ya Qoyyum....yang diulang-ulang sekadar lama nafas yang kita mampu tahan.
Mudahan antum semua mendapat manfaat dari amalan ini dengan izin Allah s.w.t. jua.
Wallahu a'alam.
benar pe tuan katakan ini..=)
ReplyDelete