Blog ini dibuat untuk catatan peribadi saya sepanjang pelayaran internet tentang ilmu-ilmu perubatan dari pelbagai website. Semoga bermanfaat.

Monday, November 16, 2009

Ayat Paku

terapi-alfatah.blogspot.com

Ayat Paku

Assalammualaikum WMT dan salam hormat,

Suka untuk saya berkongsi dengan para pembaca kaedah paku atau ayat paku.

Selalunya saya gunakan untuk kes rasukan yang agresif, tidak dapat dikawal. Dibacakan dan ditiupkan ke dalam telinga kanan serta kiri. Jika pesakit wanita, letakkan jari telunjuk di atas ubun-ubunnya dan baca. Apa sahaja ayat atau amalan, yang paling penting dan jangan ditinggalkan adalah doa.

Jika tidak dapat dihampiri, tunjukkan dengan jari telunjuk sambil baca dan ditunjukkan pada pesakit.

Setelah hembus atau dibacakan, insyaALLAH, pesakit tidak akan agresif malahan tidak mampu bergerak bebas, apatah lagi bersilat. InsyaALLAH, BiiznILLAH. ALLAH jua yang berkuasa.

Ayat Paku:

Al-Hadid:4

4. Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. 

InsyaALLAH akan dikongsikan pada hari kursus ahad nanti.

WALLAHUALAM.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment